Saturday, 30 August 2014

trial kedah & PLKN

Assalamualaikum readers comel-comel sekalian.Apa khabar? Harapnya sihat-2 belako ja lah.

Setelah seminggu aku menyendiri dengan  exam trial,kini aku kembali! *yeaaa!!tepuk tangan sikit.* bukan habis terus,minggu depan sambung balik.stres gila

Ekceli,ramai yg cakap paper trial kedah susah.memang pun!naik luruh gigi dok menjawab exam.baru 4 paper.belum 5 paper lagi.4 paper pun dah terasa azab dia.ini kan pulok 5 paper yg ada bio,fizik,add math tu.herghh.mereng sat.

15/8/14 tarikh keramat bagi aku.takku sangka,takku duga.dengan muka terkejut beruk,bila tengok perkataan TAHNIAH terpampang depan skrin laptop.*ayat bm sgt kau.ada ka patut aku dicalonkan dalam anugerah pelatih PLKN.oh maii.
Nasib depan mak aku,tak dak la aku nak menangis macam orang gila.depan mak kena la tunjuk macho enn,walaupun iolls perempuan tau.kan anis farhana?mihmihmih..

Sampai sini ja entri eden.kalau ada masa nanti kita taip entri baru pulok.

ps: wish me luck for trial dgn spm.doakan aku yerr.

Friday, 15 August 2014

SEGMEN BLOGWALKING BY MOMMYLIZZ

Assalamualaikum



klik sini nak joinn..

jom blogwalking ramai-2

Monday, 11 August 2014

Ragam pembeli buat aku pening

Assalamualaikum.. mihmihmihh.

Sabtu hari tu,sekolah aku buat hari kantin.seronok la jugak sebab pakai baju raya,Tpi aku pakai baju kurung biasa pi kenduri tu.segan pakai baju raya,nnti lawa sangat ramai yang jeless pulokk.-..-' yang tak seronoknya,aku kena jga gerai.gerai iollsss jual nasi lemak.sedapp,iollsss yg masak tau.tipu jee.ustazah yang masak,kalau aku masak bukan jadi nasik lemak,nasik tomato sat gi..acecehh.padahal 2-2 tak reti.

Gerai nasi lemak rasanya habis dulu.ya laa,rutin harian pagi2 x sah kalau tak hadap nasik lemak kan.memang habih awai laa.tambah2 yg boh nasik dalam polisterin tu mmg bertungkus lumus.bagus depaa.aku yang kena letak lauk dia.jadi aku laa yang kena hadap perangai budak2 nii.serius pening dengan bising dia lagi,dgn nak ayam besar laa,sambal lebih laa.rasa mcam nak cekik2 ja peah2 tu.

Nak cerita ragam budak2 yg datang membeli belah nasi lemak tu.ada yg muda,segak,comey,abang form 6 pun hadoo.yg comeii2 semua baik,sopan ja.junior la katakan.laki ka perempuan sama ja..yg kategori segak,form 6 semua hingaq.semua nak cepat.nak ja aku tumbok depa tu.nasib baik hampa lelaki.kalau perempuan memang nahas la jawabnya.

Ada sorang abang form 6 ni,dia laa yg aku dok mention tdi tu.nama dia jebon.bukan nama sebenar.jebon tu bising ya amat!!bawa geng dia,konon gangster sgt.jebon nii jugak laa nak ayam goreng besar tu.hadoii pening gilaa.tengok aku letak ayam kecil kat polisterin tu,punya laa marah.suruh tukar ayam yang besar.aku tukar dgn ayam besar,sambal ikan bilis memang aku tuang banyak2.biaq hang pedas makan nasi lemak tu.nampak kejahatan aku kann.

Nii geng budak gilaa pulok.yg ni lgi ramai depa angkut geng.kalau cakap kalah kiah propa.laki saja,tpi mulutt..hanya Allah ja yang tau.dalam hati aku dok cakap macam2 dah,kot air liur depa tu terpercik dalam sambal nasik lemak ni ka,macam mna.lama aku tengok sambal tu.aku dok telan air liur ja.haihh,geli sangat aihh.

Yang ketiga ni pulok budak kelas aku.lelaki sama jugak angkat geng.tpi yang ni baik sikit laa.tak bising sgt,yang tak puas hatinya,mamat kelas aku ni suka cari pasal dengan aku.komplen mcm2 dekat aku.suruh cepat la,suruh senyum laa..gila apa ka aku nak senyum masa tengah sibuk tu.ada ka org tengah sibuk berniaga boleh senyum lagi?kalau ada orang tu memang mesra.aku dak okee,aku kalau pandang orang mcm pandangn jong kook kat kwang soo..kesiann kwang soo..sob sob..

Yaaa..itu je laa ragam pembeli2 aku yang cukup aku meluat gilaa2.nasib aku bukan harimau,kalau dak dah lenyap hampa2 tu tau dak!!oke laa sampai kat sini ja entri aku,insyaAllah lepas percubaan aku sambung.heee

Ps:kepada blogger yg dah bertungkus lumus mai blogwalking blog aku dalam giveaway tu.sorii sgt2 sbb tak boleh nak bw blog hampa.line mcm siputt sengsangat.aku akan try sedaya upaya jugak bw blog hampa nnti.sorii sgt.maafkan saya..

Ps:mana komentarr??krik2 ja blog aku.

Wednesday, 6 August 2014

Segmen blogwalking Ogos by Karya Mahirah

Assalamualaikum



join,,join,,join !

klik sini

tamat 15/8

*Meh le blogwalking ramai-2.

Saturday, 2 August 2014

Sedih bak hang

Balik kampung,,ooooo,,
Balik kampung,,ooooo,,
Balik kampung,,
Hati riang!!

Assalamualaikun wahaii pembaca blog aku yang setia sekalian.*ada ka?

Mesti pelikkan mula-2 entri lgu balik kampung,selalu bgi salam dulu.ni idok,tiba2 nyanyi.saja jee,sekadar pengubat hati yg luka kot ada sapa-sapa tak balik kampung ka tahun ni.nak bgi rasa sedih skt.

Tajuk entri kali ni,'sedih bak hang!'
Kedah piang gituu.sedih??kenapa aku sedih??*hang dok buat syok pi tanya balik buat pa!straight to the point laa bak kata omputih.jujur laa aku cakap dari hati yang bagaikan tertusuk sembilu ni,aku sedihh laa raya tahun ni. :'(

Macam-2 kesedihan timbui bertubi-2 kat aku,mengalahkan mak2 rasanya.cewwaahhh.aku takmau cerita panjang,,meh sini aku listkan kesedihan yang acap kali melanda diriku  masa raya ni.

1.tak dapat balik raya!!selalu setiap tahun balik,tahun ni tiba2 tak balik.

2.duit raya tak sampai 10 ringgit pun.aku jujur nii naihh,6 ringgit ja duit raya aku.5 ringgit cikgu bagi sbb tadarus,seringgit adik aku bagi.adik aku tak pa laa syok raya sini,boleh kutip duit.aku tua bangka ni dduk laa kat rumah tgk mak aku bagi duit raya kat budak2.jeles tau!!!

3.awal raya,tv pasang cerita tak syok.ada ka patut,kl zombi,juvana,segala crta yang syok2 tu depa tayang lambat.lpstu pi tayang cerita sedih #DARI PINTU NERAKA kat aku.dah laa aku tgh sedih,pi tambah lagii..gila aku tak menangis masa tu jugak.sedih kottt.meleleh air mata aku.aku nak puji,terbaikk lakonan pn.hjh shiela rusly dengan lakonan para pelakon cerita tu. :)

4.trial spm nak dekat.boleh kira berapa hari lagi,tpi aku malas nak kira.

5.kerja sekolah banyak sangat.cikgu tau kami spm,bagi keja kolah belunggok.berkeringat aku dok buat kerja sekolah.betapa tekunnya aku menghabiskan kerja sekolah yg ckgu bagi.esok tu mai sekolah,baru kalut nak bagi habih.*sebenarnya tak habih pun.betapa kononnya aku,kata keja sekolah dah siap.

6.masa raya ni jugak laa kawan aku dari tadika kot merajuk kat aku.salah faham kot,aku kenal pun tak lelaki tu,boleh dok kata aku curi 'pakwe' dia.dia tak kenai pun laki tu,tiba2 mengaku pakwe sendiri.aku taboh baru tau kot.*aku baik ok.tiada unsur ganas klu kenai aku.muahahah

Rasanya sampai sini ja laa hasil entri aku.kalau ada sebarang ketidakpuasan hati,kegembiraan semasa membaca entri,sila beri maklum balas di ruangan komen yang telah disediakan.kerjasama anda amat dihargai.

Disini aku ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan,jika ada salah dan silap,terkasar bahasa,menyakitkan hati,terlancang bicara,mohon maaf dipinta dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.kosong-kosong.. :)

Akhir kata,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..Maaf Zahir dan Batin..dari saya emma boboi(nama gelaran kawan bagi)

Assalamualaikum.