Saturday, 13 September 2014

Ragam pesta pantun

Assalamualaikum..

Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan..

Baca pantun tu mesti ingat lagu dia kan..mendaya-dayu gituu,bagaikan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa..kalau aku yang nyanyi,bukan angin sepoi2 bahasa,ribut taufan datang melanda..nampak tak rima akhir tu,,macam pantun kann..over ja hang.

Topik eden hari ni nak cerita pasai pesta pantun yang dulu eden pernah ceburi.ohhh,,indahnya kenangan tu..padahal,nak jawab pantun terketaq-ketaq macam orang gila.

masa form 2 selalu tengok kak aku buat latihan pantun.lepas tengok muka pemantun2 tu,aku jadi mereng sat.hensem gilo sorang mamat ni.huihuii..tu yang membuatkan aku berazam nak masuk pantun..muahahaa.ternyata,,impian aku jadi kenyataan..

2012
first time aku masuk pantun.sebab nak tengok adik hensem tu..gilaa,hensem kot..macam muka aeril zafril.oke,,chek dah melalut..masa tu aku sorang ja junior dalam kalangan ahli pantun tuu.well,pemantun ke-4..jawab satu soalan ja.aku sebenaqnya nak jadi pemantun ke-5,kerja cuma perkenalkan para pemantun..tapi disebabkan seorang mamat ni tak pandai jawab pantun,aku yang kena ambik tempat dia.rasa macam bangang gila.-..- naseb aku ni baik.kenanglah jasa aku wahai mamat gila.

matlamat kami nak menggapai impian,untuk menggenggam gelaran juara.berangan laa hang,,nak lawan dengan SEKOLAH MENENGAH SULTAN AHMAD TAJUDIN..Serius,sekolah tu digeruni semua sekolah perngkat daerah,negeri,dgn kebangsaan.mana taknya,juara kebangsaan dah banyak kali.ouhhh,,sumpah getaq gila bila jumpa depa.mula2 lawan convern x silap aku..kami yang menang.lepastu berharap dapat kalahkan semua sekolah sampai masuk final baru jumpa sekolah yang teror sgt tu.malangnya,nasib tak menyebelahi kami.kami terpaksa berentap dgn sekolah tu lepas menang tadi,kalah mati kot!!!kalau kalah hidup aku oke lagi..tragissnya,sadiss giloss bak hang.

2013
Tinggal iollsss sorang jaa wakilkan pantun.form 4 dahh,kononnya nak pimpin budak pantun dengan jayanya,tapi aku sendiri pemalas.muka macam hang nak pimpin orang,lupakan ja laa niat murni hang tu..semua 4 wakil fom 5,aku sorang ja form 4.tahun tu dah naik pangkat,jadi pemantun no.2.pusingan pertama lawan dengan taman kenari.juruacara tu macam segak ja..gatai hang nohh.

Tiba2 juruacara ni cakap,, "anda diminta menjawab pantun dalam masa 60 saat dari sekarang..ting!!!" Aku yang kena jawab pantun tu,yang syoknya,aku boleh duduk diam lagi,dengan tak tulih langsung jawapan.masa berjalan kot,tu laa hang kerja senyum sangat..sapa buat idea hah, masa lawan pantun kena senyum!!!!!!kan aku dah leka,,asyik senyum ja..tiba2 juruacara tu panggil aku,"cepat tulis jawapan,masa berjalan."baru aku sedaq yang aku kena jawab pantun..ohh maii,,malu gilaa..dengan soalan pihak lawan aku x dengaq,hentam sajalaa.nasib loceng tak bunyi lagi masa tu..jawapan tu x tau laa kena ka tak dengan kehendak soalan pihak lawan.dengan muka selamba beruk,aku cover malu..tak sia2,,akhirnya aku dinobatkan jadi pemantun terbaik dalam kalangan kolah aku dengan kolah pihak lawan..tak sia2 jugak laa,usaha juruacara mai tegur aku.aku hargai jasa hang wahai juruacara.
Tengok2 sekolah kami kalah.menang dekat sekolah taman kenari.mulanya rasa macam tak adil gila,,kami tak jawab 1 soalan ja,depa tak jawab 3 soalan pun boleh menang ka..sedih kot..tapi,i redhoo.

Banyak lagi sorotan pesta pantun ni,penat aku nak menaip.maafkan saya.. :( sampai sini ja tau,,kalau ada followtot aku ni pemantun ka,meh laa kongsi2 cerita..

Assalamualaikum..daaa!!! :D

Ps: mana2 adik2 yang baru nak masuk pantun tu,jangan takut,,tapi cuba untuk memberanikan diri.think positive,okeng!!banggakan sekolah anda.. ;)